Saturday, November 15, 2014

Minggu kedua

Assalamualaikum wbt..
Hari ini 18/9/2014 adalah merupakan perjumpaan kedua kelas kami. Kali ini kami belajar mengenali kamera DSLR dan kamera SLR; dari zaman Pak Kaduk sampai la yang terkini. Kelas ini diadakan di Studio Fotografi, UTM Skudai. Penerangan ini dijayakan oleh En. Fuad.

Kamera Pertama ialah Nikon FM 2.

Nikon FM 2
Ia adalah sebuah kamera semi professional yang maju, lensa yang boleh ditukar alih, menggunakan filem 35 mm, dan merupakan sejenis kamera single-lens reflex (SLR). Dihasilkan oleh Nippon Kogaku K. K. ( sekarang Nikon Corporation ) di Jepun dari tahun 1982 hingga 2001.

Apakah jenis-jenis filem kamera dan kegunaan nya??
Filem kamera
  1. Konica adalah sesuai untuk menonjolkan lagi warna biru pada langit
  2. Fujifilm adalah untuk landscape
  3. Kodak best untuk skintone
  4. Agfa pula bagus untuk kepelbagian warna

Kamera kedua ialah Nikon D1
Nikon D1

Merupakan sejenis kamera Digital single-lens reflex (DSLR). Terhasil pada Jun 1999. Hadir dengan 2.7 megapixel image sensor, 4.5 frames sesaat untuk shooting berterusan, dan boleh menerima hampir semua lensa Nikon F-mount. UTM adalah peneraju yang memiliki kamera ini berbanding IPT lain di Malaysia pada ketika itu.

Kamera ketiga ialah Nikon D 3000
Nikon D 3000
Hadir dengan 10.2 megapixel format DX DSLR Nikon F-mount pada Julai 2009. Mempunyai 3.0 inci paparan LCD, CCD sensor dengan ISO 100-1600.

Kamera keempat ialah Hasselblad
Hasselblad
Ia merupakan kamera digital format sederhana tetapi mempunyai kualiti lensa yang baik serta jangka hayat kamera yang lebih panjang. 

Kamera kelima ialah Twin Lens
Yashica Mat 124 G
Kamera ini dihasilkan oleh Yashica antara tahun 1970 hingga 1986. Terdapat dua lensa dengan fungsi berbeza. Semasa mengambil gambar, satu lensa digunakan untuk melihat objek yang hendak dishoot ( macam live viewermanakala satu lagi lensa untuk merakam imej.

Seterusnya, kami mempelajari perkara asas untuk mengendalikan kamera DSLR iaitu :
  1. Aperture
  2. Shutter Speed
  3. ISO 
Aperture

Aperture ( bukaan ) atau f-stop merupakan salah satu tetapan untuk mengawal saiz bukaan lensa yang membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera. Semakin luas bukaan, semakin banyak cahaya masuk, semakin cerah gambar itu, dan bertambah "blur" imej di belakang objek tersebut ( latar belakang atau background )

Perhatikan gambar-gambar berikut: 
Aperture f/2.8: Background menjadi "blur".
Aperture f/22: kedua-dua foreground dan background difokuskan
Shutter Speed

Digunakan untuk objek yang bergerak dan menjadikannya "freeze". Contohnya jika kita mahu ambil gambar kipas angin dengan kelajuan maksima ( kelajuan 5 di tombol suis ), kita boleh jadikan imej kipas menjadi statik atau "freeze". Caranya ialah dengan menggunakan shutter speed yang laju. Semakin laju shutter speed, semakin statik imej tersebut. Manakala, semakin perlahan shutter speed, semakin "blur" imej bergerak yang kita ambil. Bagaimanapun, pencahayaan juga penting untuk mendapatkan imej yang baik. 
Shutter speed 1/640 s (0.0015625 saat): gambar kipas nampak statik
Shutter speed 1/40 s (0.025 saat): gambar kipas "blur"
ISO

ISO adalah kepekaan kamera terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO, semakin tingi kepekaan terhadap cahaya. begitu juga sebaliknya. Tetapi "noise" akan hadir sekiranya kita mengenakan tetapan ISO yang tidak sesuai. Untuk shoot di luar bangunan, ISO digunakan adalah lebih rendah seperti 100 untuk tempat dengan kehadiran cahaya matahari pada pukul 11 pagi. Manakala ISO 500 di dalam bilik yang menggunakan lampu flouresen sebagai sumber cahaya.
ISO 3200: Wujudnya "noise"
ISO 100: Gambarnya jelas kerana tiada "noise"

Untuk rakan-rakan yang belum biasa menggunakan kamera DSLR, boleh cuba secara maya dahulu: http://www.canonoutsideofauto.ca/play/

Contoh simulasi



No comments:

Post a Comment