Sunday, November 16, 2014

Minggu kelima


Pada 9/10/2014, kami berjaya meneruskan lagi pencarian ilmu fotografi. Inilah minggu kelima kami. Minggu ini terdapat dua kumpulan yang membentangkan topik Digital Photography. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah slide berikut:

Persamaan antara kamera SLR & DSLR

Perbezaan antara SLR&DSLR
Seterusnya, kami didedahkan mengenai kelebihan dan kelemahan fotografi digital. 

Kelebihan : 
  1. boleh preview gambar
  2. mampu simpan banyak gambar
  3. tidak perlu filem (seperti kamera analog)
  4. boleh ambil dan simpan gambar dengan cepat
  5. mudah diedit dan dikongsikan melalui media sosial.

Kelemahan :
  1. Jika kad memori rosak atau hilang, maka lesap lah gambar-gambar yang diambil.
  2. pengendalian yang agak rumit; memerlukan kemahiran untuk mengendalikan kamera
  3. Ketahanan kamera; perlu berhati-hati dengan cuaca yang tidak menentu. Memerlukan penjagaan yang rapi.


Minggu keempat


Studio Fotografi

Pada 2/10/14 telah berlangsungnya kelas di studio fotografi UTM skudai. Kelas ini dikendalikan oleh En. Fuad dan topik yang kami belajar ialah Flash atau lighting in photography. Beliau menerangkan bahawa perkasasan berikut perlu ada di dalam studio fotografi :

  1. Flash 
  2. Studio stand
  3. Soft-box flash
  4. Backdrop

Flash

Flash digunakan untuk membantu kita mengambil gambar dengan cahaya background yang mencukupi. Ada flash yang built in pada kamera tetapi adakalanya tidak mencukupi untuk beberapa situasi. Maka, flash tambahan diperlukan untuk pencahayaan yang sempurna. Boleh dimanipulasi mengikut kehendak fotografer sama ada menggunakan bouncer atau diffuser. Kedua-duanya adalah medium manipulasi cahaya flash.





Studio stand


Studio stand ini diperlukan untuk menghasilkan gambar statik yang baik kerana kemampuannya memegang kamera dengan kuat. Tiada masalah gegaran atau goyang akan berlaku.


Soft box flash




Backdrop


Saturday, November 15, 2014

Minggu ketiga

25 September 2014 adalah pertemuan ketiga kami. Kami disajikan dengan pembentangan rakan kumpulan 1 dengan tajuk jenis dan ciri-ciri kamera.

Berikut adalah sub topik pembentangan tersebut :

  1. Kamera : Jenis dan ciri-ciri
  2. Kamera SLR : Pengkhususan dan pengendalian
  3. Lenses, aperture, shutter speed dan exposure
  4. Filem/CCD : ISO dan fungsi utama

Kamera : Jenis dan ciri-ciri

Terdapat pelbagai jenis dan fungsi kamera. Antaranya ialah kamera filem/analog, kamera polaroid, SLR dan sebagainya.

Kamera Analog (filem)


Kamera Polaroid
Digital Kamera

Selain contoh kamera di atas, terdapat beberapa lagi jenis antaranya :
Lomo camera, twin lens reflex camera, digital compact camera, view camera, viewfinder camera & SLR / DSLR camera.


Pembentang juga sempat berkongsi cara yang betul untuk memegang kamera SLR


Exposure juga disentuh oleh rakan pembentang. Rupa-rupanya ini adalah antara elemen yang penting semasa mengambil gambar kerana ia melibatkan pencahayaan. Gambar yang cantik dan baik tidak boleh underexposed atau overexposed. Cuba lihat perbandingan di bawah.

Perbandingan antara gambar underexposed, correctly exposed & overexposed

Tutorial Khas bersama En. Fuad

Saya bersama Yahaya, telah berjumpa En. Fuad pada 25/ 9/ 2014 untuk mempelajari secara praktikal bagaimana mengambil gambar menggunakan DSLR. Sesi ini bermula pada 230 petang dan berakir pada pukul 330 petang. Kesempatan ini sangat bermakna sebelum memasuki kelas Dr. Shah pada pukul 430 petang. Saya diberikan Nikon D 3100 untuk berlatih mengambil beberapa gambar di dalam studio. En. Fuad telah mengajar semua teknik dan pengetahuan asas mengenai DSLR ini dan membuatkan saya tidak sabar mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ini, untuk menghasilkan gambar-gambar berkualiti menggunakan DSLR.

Otai


Minggu kedua

Assalamualaikum wbt..
Hari ini 18/9/2014 adalah merupakan perjumpaan kedua kelas kami. Kali ini kami belajar mengenali kamera DSLR dan kamera SLR; dari zaman Pak Kaduk sampai la yang terkini. Kelas ini diadakan di Studio Fotografi, UTM Skudai. Penerangan ini dijayakan oleh En. Fuad.

Kamera Pertama ialah Nikon FM 2.

Nikon FM 2
Ia adalah sebuah kamera semi professional yang maju, lensa yang boleh ditukar alih, menggunakan filem 35 mm, dan merupakan sejenis kamera single-lens reflex (SLR). Dihasilkan oleh Nippon Kogaku K. K. ( sekarang Nikon Corporation ) di Jepun dari tahun 1982 hingga 2001.

Apakah jenis-jenis filem kamera dan kegunaan nya??
Filem kamera
  1. Konica adalah sesuai untuk menonjolkan lagi warna biru pada langit
  2. Fujifilm adalah untuk landscape
  3. Kodak best untuk skintone
  4. Agfa pula bagus untuk kepelbagian warna

Kamera kedua ialah Nikon D1
Nikon D1

Merupakan sejenis kamera Digital single-lens reflex (DSLR). Terhasil pada Jun 1999. Hadir dengan 2.7 megapixel image sensor, 4.5 frames sesaat untuk shooting berterusan, dan boleh menerima hampir semua lensa Nikon F-mount. UTM adalah peneraju yang memiliki kamera ini berbanding IPT lain di Malaysia pada ketika itu.

Kamera ketiga ialah Nikon D 3000
Nikon D 3000
Hadir dengan 10.2 megapixel format DX DSLR Nikon F-mount pada Julai 2009. Mempunyai 3.0 inci paparan LCD, CCD sensor dengan ISO 100-1600.

Kamera keempat ialah Hasselblad
Hasselblad
Ia merupakan kamera digital format sederhana tetapi mempunyai kualiti lensa yang baik serta jangka hayat kamera yang lebih panjang. 

Kamera kelima ialah Twin Lens
Yashica Mat 124 G
Kamera ini dihasilkan oleh Yashica antara tahun 1970 hingga 1986. Terdapat dua lensa dengan fungsi berbeza. Semasa mengambil gambar, satu lensa digunakan untuk melihat objek yang hendak dishoot ( macam live viewermanakala satu lagi lensa untuk merakam imej.

Seterusnya, kami mempelajari perkara asas untuk mengendalikan kamera DSLR iaitu :
  1. Aperture
  2. Shutter Speed
  3. ISO 
Aperture

Aperture ( bukaan ) atau f-stop merupakan salah satu tetapan untuk mengawal saiz bukaan lensa yang membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera. Semakin luas bukaan, semakin banyak cahaya masuk, semakin cerah gambar itu, dan bertambah "blur" imej di belakang objek tersebut ( latar belakang atau background )

Perhatikan gambar-gambar berikut: 
Aperture f/2.8: Background menjadi "blur".
Aperture f/22: kedua-dua foreground dan background difokuskan
Shutter Speed

Digunakan untuk objek yang bergerak dan menjadikannya "freeze". Contohnya jika kita mahu ambil gambar kipas angin dengan kelajuan maksima ( kelajuan 5 di tombol suis ), kita boleh jadikan imej kipas menjadi statik atau "freeze". Caranya ialah dengan menggunakan shutter speed yang laju. Semakin laju shutter speed, semakin statik imej tersebut. Manakala, semakin perlahan shutter speed, semakin "blur" imej bergerak yang kita ambil. Bagaimanapun, pencahayaan juga penting untuk mendapatkan imej yang baik. 
Shutter speed 1/640 s (0.0015625 saat): gambar kipas nampak statik
Shutter speed 1/40 s (0.025 saat): gambar kipas "blur"
ISO

ISO adalah kepekaan kamera terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO, semakin tingi kepekaan terhadap cahaya. begitu juga sebaliknya. Tetapi "noise" akan hadir sekiranya kita mengenakan tetapan ISO yang tidak sesuai. Untuk shoot di luar bangunan, ISO digunakan adalah lebih rendah seperti 100 untuk tempat dengan kehadiran cahaya matahari pada pukul 11 pagi. Manakala ISO 500 di dalam bilik yang menggunakan lampu flouresen sebagai sumber cahaya.
ISO 3200: Wujudnya "noise"
ISO 100: Gambarnya jelas kerana tiada "noise"

Untuk rakan-rakan yang belum biasa menggunakan kamera DSLR, boleh cuba secara maya dahulu: http://www.canonoutsideofauto.ca/play/

Contoh simulasi



Tuesday, November 11, 2014

Penulis

Mohd Emran Ngadiman
MP111370
Bertugas di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan mengajar bidang " Engineering Mathematics", " Business Mathematics " dan " Statistics ".  

Pengajian yang diambil di UTM adalah Sarjana Pendidikan Matematik.

Minggu satu

Hai semua, pertemuan pertama ini ( 11 September 2014 ) adalah sangat hebat di mana kami dapat berjumpa dengan pensyarah kami untuk kursus ini. Pada pertemuan ringkas ini, Dr Shaharudin telah menerangkan perjalanan seluruh semester ini yang merangkumi tugasan, pernilaian dan pembahagian tajuk untuk pembentangan di kelas. Saya mengambil tajuk Shooting Techniques and Tips (Theme and Moods).


Dr Shaharudin Bin Md Salleh


Berikut adalah ringkasan gred dan senarai tugasan berserta markah :




Kami mempunyai seorang pelajar luar negara iaitu Yahya daripada Nigeria. Beliau juga merupakan ahli kumpulan pembentangan saya :) bersama Mad ( Fathur Rahman).

Pada pertemuan ini juga, dibincangkan tempat outing untuk photo shoot kami Setelah berbincang, kami bersetuju untuk memilih Melaka sebagai destinasi pertama dan sekitar bandar Johor Bahru. Tarikh yang dipilih adalah 21 Oktober 2014.