Friday, September 19, 2014

Pengenalan


Assalamualaikum semua,
blog ini dibuat adalah untuk mencatat atau berkongsi perjalanan saya selama 14 minggu mengikuti kursus MPPP1373 Visual Technology Production, di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai; yang bermula daripada minggu pertama (4 September) sehingga minggu ke 14 nanti.

Saya merupakan seorang pendidik Matematik di sebuah kolej di Johor Bahru dan berhajat mahu mendalami ilmu manipulasi imej digital melalui photo shooting dan perisian adobe photoshop. Saya bersyukur kerana dapat mengikuti kelas professional ini dan belajar daripada pakar bidang ini iaitu Dr. Shaharudin bin Md Salleh.

Harapan saya, agar dapat menguasai segala ilmu yang termampu dan mudah-mudahan ianya dapat membantu saya dalam urusan pengajaran saya, perniagaan saya dan kepuasan diri sendiri.

Kepada rakan-rakan yang mahir, mohon tolong beri tunjuk ajar :)

Terima kasih :)